Sunday, 27 October 2013

 RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum..hari ini saya nak berkongsi ilmu.

Setelah menjalani kursus Usahawan  Global Desa Lestari,dari apa yang saya pelajari hasil tunjuk ajar oleh guru yang bertauliah iaitu En. Izadblognetwork dan Fasilitator dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA), baru saya sedar bahawasanya dunia ini luas untuk membuat pemasaran apa-apa produk perniagaan.

Hasrat dan cita-cita saya sebagai ketua masyarakat adalah untuk menolong penduduk kampung berkongsi keuntungan dalam apa jenis perniagaan.
Dengan tertubuhnya Koperasi,saya berharap segala produk hasil laut akan diuruskan oleh koperasi bagi menghapuskan sistem "tok peraih" iaitu orang tengah.Koperasi akan memainkan peranan sebagai "one stop centre" dan keuntungan bersama akan dapat dikecapi oleh anggota ahli.

Saya berazam dan memohon keizinan illahi semoga peningkatan ekonomi,serta taraf hidup penduduk kampung melepasi status kemiskinan sejajar dengan peredaran zaman.

Harapan saya yang paling besar sekali.....Sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir sekurang-kurangnya setiap ketua isi rumah dapat menjejaki kaki ke "Tanah Suci".
Doakan kami semua dari rakan-rakan  semoga kejayaan demi kejayaan dapat di kecapi.. Kejayaan kami adalah kejayaan semua..Ameeen.."Harimau mati meninggalkan belang,mausia mati meninggal jasa"

Hidup Biarlah Berjasa...wasallam..

"KHIDMAT UNTUK SEMUA"

Friday, 25 October 2013

PRODUK HASIL LAUT KG GETING



PENGENALAN KG KAMI
KG GETING ADALAH SEBUAH PERKAMPUNGAN NELAYAN
Lokasi dari Kota Bharu ke Kg Geting 25km dan terletak dipersisiran pantai bersempadanan dengan Takbai Thailand. .Sebahagian penduduk disini pekerjaan utamanya adalah hasil laut.Berbagai-bagai produk seperti ikan masin .budu,ikan kering,keropok lekor dan banyak lagi