KENALI KG GETING TUMPAT

Sejarah Kampung Geting adalah berasal dari panggilan "genting".akibat hakisan air waktu banjir besar.Perkampungan ini hampir terputus dua hasil hakisan dan aliran air yg deras.

Ketika dan saat itu semua penduduk dalam keadaan cemas dan genting.Selepas kejadian itu rata-rata penduduk mula menamakan kampung kami sebagai kampung Geting, Penduduk disini sebahagian besarnya adalah nelayan.Keluasannya 320,000kaki persegi dan kepadatan penduduknya hampir mencecah 5,000 orang.


Aktiviti orang kampung seharian adalah kelaut, disamping itu ada juga yg bercucuk tanam.Keunikan kampung Geting adalah majoritinya orang melayu beragama Islam.

Ketika musim tengkujuh antara bulan november hingga pertengahan januari.kebanyakan penduduk tidak dapat turun kelaut disebabkan ombak bergelora.

Bagi memenuhi dan mengisi masa lapang sesetengahnya mengadakan permainan tradisional seperti pertandingan wau,.dikir barat,gasing,choh,congkok,seni silat,dan tomoi.
Pemandangan pantai Geting waktu senja antara pukul 6.00 hingga 7.00 petang.
Keunikan dan keindahan jelas terpancar ketika mentari hampir tenggelam.

3 comments:

  1. oh begitu cerita nya....

    bagus lah tok ketua dah boleh berblog.... boleh kongsi lagi banyak cerita... ;)

    ReplyDelete